little update

i left tagibang for good. now hunting for some new life. 2morrow i got a test untuk kemasukkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik and soon akan ade interview utk jawatan lecturer kt MRSM. so, wish me luck guys.

Published in: on Februari 20, 2009 at 9:07 pm  Comments (6)  

Catching Up..

Ramadan di Tagibang

1st of all, assalamu’alaikum semua… lama x update blog n kali ni aku akan cube update ape yang patut.

Mula2 nak crite pasal ramadan aku di Tagibang. Being minority (the only muslim here) is not that fun. lebih2 lagi dalam bulan puasa ni. Sangat mencabar dan menguji kesabaran. Biasa kalau berpuasa di rumah, ada mak yang urus. Kalau time blaja dulu pegi cafe jer beli makanan. Tapi kat Tagibang ni, aku terpaksa memasak dan menguruskan segala-galanya sendiri. Dah la sumber makanan terhad, terpaksa menjadi kreatif untuk mempelbagaikan makanan. Hari ni masak nasi goreng ikan masin, esok masak terung bakar goreng ngan telur, next day wat plak nasi goreng pattaya. Kalo rajin petang2 aku akan goreng cucur bawang. Kdg2 mintak buah cempedak atau tarap kt org2 kampung and goreng wat cucur. Dapat gak la merasa manisan kt cni. Aku rase, dalam setaun trainning masak ni, aku dah bleh buka kedai makan, huhuhu.

Tarawikh? emm, tarawikh sorang2 jer la nmpknye, huhuhu.

Apa itu Puasa

Ade sehari tu sorang murid aku tanye aku lepas sekolah, “cikgu dah makan tengahari?” Aku pon jawab, “cikgu harini puasa”. Dia senyum and trus blah. Keesokan harinya, dia tanye lagi soalan yang same and aku pon jawab gk la, “cikgu puasa”. The next day, dia ulang soalan yang same and aku pon pandang die and tanye “Awak ni tau x maksud puasa?”. Dia menggelengkan kepala. laa, ingatkan selama ni bertanya die tau maksud puasa.

Aku pon terangkan kt die ape tu puasa. Yang simple2 jer la. Aku cakap puasa ni bagus mengajar kita untuk memahami kesusahan orang lain sebab dalam sehari kita makan sekali jer, tu pon makan berat2 time buka jer. Die pon pandang aku and cakap “kalau begitu, kami kat rumah pun puasa la sebab kami pun makan sekali jer dalam sehari”. Aku terdiam, tatau nak ckp ape lpas die ckp camtu. Ternyata, bulan Ramadan kali ni bukan sahaja begitu mencabar, tapi betul2 mengajar aku untuk bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Di kala kita selalu berboros membeli makanan dan juadah berbuka puasa, ade juge golongan yang rupe2nye “berpusa” sepanjang hidup mereka. So, hargailah segala apa yang kita ada sekarang dan sentiasalah bersyukur kerana bukan semua orang di dunia ini dilahirkan bernasib baik.

Hari Raya

Tahun ini aku akan beraya di KK. Kebetulan 28 Ramadan nanti kazen aku akan bernikah n nk bersanding time raye, so raye kali ni mmg akan bizi. Preparation? Em, xde pape sgt, pkai baju raye taun lepas jer. My mom n adik2 lain plak critenye. Taun ni mmg taun diorang wat runway coz baju raya diorang dah cukup nak wat satu koleksi fashion show, hahaha. Aku dapat cuti agk lame, so dpat la merasa makanan sedap2 dulu kat bawah sebelum naik semula ke Tagibang, huhuhu. owh, aku juga merancang nak wat majlis sket kt Tagibang nnt, nk wat open house. Sape2 yang rajin tu, sila lah dtg umah aku kt Tagibang, hehehe. Sbnrnye aku nk dedahkan ngan budak2 aku tentang aidilfitri ni. Sekurang2nye diorang dpt merase beraye wpon ngan sorang cikgu jer, huhuhu.

Cuti Akhir Tahun

Dalam bulan disember nanti aku igt nak gi Semenanjung lagi. Ade beberapa orang rakan yang akan melangsung perkahwinan. So, kalo ade rezeki and xde aral yang melintang, dapat la aku bercuti kt Semenanjung utk beberapa ketika. Bercakap pasal kahwin ni, family aku dah start tanye aku mcm2. Tensen tol. Nak2 kezen aku yang sorang ni nak kawen (umo kitorang same), lagi la tinggi pressure aku, huhu. Parents aku pon mcm dah sibuk tanye bile nak dapat cucu. Adesss… Rasenye diorang kene tunggu lame lagi la kot coz kawen xde dalam perancangan aku dalam masa yang terdekat ni. Lain la kalau jodoh aku dah sampai, tu mmg lain crite la. Tp wat mase skrg aku mmg x merancang.

Ok la, stakat ni jer la kot wat mase ni. Ape2 pon, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 semua. Maaf luaran dan dalaman =)

Sekian.

Published in: on September 26, 2008 at 1:45 pm  Comments (6)  

Cikgu@Tagibang

A little new update of myself (n the blog too): Im a teacher rite now.

Yerp, for five years studying software engineering, i end up being a teacher. Well, its not a bad thing at all because i love my job (maybe because the gov pay me good salary, hahaha).

Tempat aku mengajar adalah sangat terceruk di pedalaman Sabah. No electricity and not even single network coverage can go thru the wilderness of this place. The access road is very poor and if its rain, we will be lost contact with the outside world. My school called SK Tagibang. Terletak di kawasan hutan berbukit di daerah Kota Marudu (but actually the place is closer to Ranau). Nothing much you can do here. I mean, nothing ‘modern’ thing you can do. No internet, no tv, nothing. But i find something for myself that can kill my boredom. Everyday, after school, i cook for lunch that will last until dinner. After having lunch, done my Rancangan Pengajaran Harian (RPH), i’ll go jungle tracking with some of my fellow student. Try to explore the beauty of the Tagibang Jungle. Before maghrib, go to sungai, catch some fish to make lauk for dinner. At nite, i’ll go to other cikgu’s house, talking with each other, sharing experience and so on.

Teaching here is kinda like having camping actually, but in a very long, long period. A lot of outdoor activity you can do. Teaching here also needs a high survival skills and it tooks a lot of courage to stay longer here in Tagibang. I have the skills now and hopefully i can gain more courage to stand the place as long as possible.

So, to all my friends out there, sape2 yang pernah kontek aku, im very sorry coz x dapat nak reply or receive your messages. Tapi aku still pakai no yang lame, x tukar lagi. Cuma it will be only active during school holiday when im at my home at KK.

OK, till the next school holiday, tata~

Published in: on Ogos 26, 2008 at 1:23 pm  Comments (10)  

Presentation Yang Cemerlang

Alhamdulillah, x disangka2, presentation LI aku berjalan dengan gemilangnya. Saat yang x dapat dilupakan apabila Puan Awanis dan Cik Noorlin katakan

“You are a different person now, Zamrie.. we are proud of you”..

Hampir sahaja aku menangis kat depan diorang tadi tapi kene tahan la sket, kang x psl2 diorang ckp aku ni over plak, hahaha.

Sekarang aku nak pikirkan lak camne nak menjilid report aku. adei, x abes lagi rupenye keje aku, huhuhu. ok, back to work now…

Published in: on Mei 29, 2008 at 11:15 am  Comments (4)  

LI Presentation

29.5.2008. Today is the day. Hopefully everything will be fine and work as planned. Just one simple presentation Zamrie, nothing to be worry about. Bismillah….

Published in: on Mei 29, 2008 at 5:46 am  Comments (1)  

Journey To The West

Pada tanggal 25.5.2008, aku pulang ke KK. Adik aku x dapat nak ikut coz die bertugas untuk Pesta Kaamatan. almklumla, Kaamatan ni la perayaan terbesar kt Sabah. Bagi sesiapa yang x tahu, Pesta Kaamatan ni bermaksud Pesta Kesyukuran atas hasil2 padi yang diperoleh tahun ni. Biasanya kaum Kadazan Dusun yang merayakan pesta ni. Tapi atas semangat perpaduan, kaum lain kat Sabah pun join gak skali. Kalau di Sarawak pesta ni dinamakan Gawai. Ok, kali ni bukan nak cerita pasal pesta2 ni, tapi aku nak cerita pasal perjalanan aku ke Semenanjung.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana akhirnya semalam, 26.5.2008 kira2 pukul 10.40 malam aku tiba di LCC KLIA dengan selamatnya. Selain masalah selesma yang teruk, perjalanan kali ini dikira ok. Nasib baik ade sorang mamat yang baik hati duduk kat sebelah aku offer tisu. Mungkin die kesian tgk aku asyik lap2 idung (atau mungkin die jijik sbnrnye?).

Dari airport, aku naik skybus menuju ke KL Sentral. Mau sejam lebih gak perjalanan tu. Memang letih gile. Dah la keadaan diri yang x brape nak sihat. Tp nasib baik la ade Fendy yang melayan sms dengan aku sepanjang perjalanan. xde la rase bosan sangat. Sesampai jer kt KL Sentral, aku kene plak naik Putra untuk sampai ke Setiawangsa. Judo cakap dekat sikit nak fetch aku nanti. Jam menunjukkan lagi 10 minit nak pukul 12. Fendy yang sentiasa melayan sms ngan aku mule la takutkan aku mengatakan yang tren dah xde. Nasib baik mulut die x masin kali ni (coz sblm ni die ckp flite aku delay n akhirnye betul2 delay). Aku dapat naik tren TERAKHIR. Fuh, memang nasib baik giler.

Sampai di Setiawangsa, dari jauh aku tengok Judo datang dgn motornye. Sebelum sampai ke rumah die, kitorang makan dulu. aku mmg lapar gile tp mungkin sbb org Sabah cakap ‘limpas lapar sudah’, aku hanya mampu menghabiskan roti telur sekeping. time kt dlm skybus bukan main lagi fikir nak makan banyak2, tp akhirnye Judo yang makan banyak. Er, maksud aku makan banyak dari aku, hehehe. Selesai makan, kami pun balik ke rumah dan aku terus tido, hahaha. X sempat nak borak lama2 dengan Judo. Lgpon aku kesian kat die coz pagi esok (hari ini) die kene pegi keje.

Hari ini, 27.5.2008, aku x punya apa2 aktiviti yang khusus. Selain sempat menulis post kali ni (thanx to Judo coz ade Internet Connection), aku fikir nak siapkan report LI aku. Sampai di UMP nanti aku hanya perlu Present je. Mungkin petang or malam ni aku akan ke tempat Fendy. Lepas tu, keesokan paginya aku akan ke Pudu untuk bertemu Azwan dan Raja (Azrul) dan dari Pudu kami akan sama2 menaiki bas ke UMP. Fuh, begitula sedikit sebanyak program perjalanan aku kali ni. Tapi ade lagi 1 tujuan yang belum dibuat iaitu menguruskan komputer aku. Harap2 aku sempat untuk melakukan semuanya.

Setakat ni dulu catatan perjalanan aku pada hari pertama di Semenanjung. InsyaAllah, kalau ade rezeki lagi, aku akan sambung menulis lagi. Sekian.

Published in: on Mei 27, 2008 at 11:50 am  Comments (1)  

Final Day

today, 23.5.2008 is my final day at KMDC. Fuh, x terase 6 bulan berlalu begitu cepat (terase gk la sket :D). report dah nak siap, tinggal touch up sket2 lg. ikut jadual yang dikeluarkan FSKKP, aku sepatutnya present report 26.5 tapi kebetula 26.5 baru aku menerbangkan diri ke semenanjung. Nasib baik SV aku, Cik Noorlin tu baik orangnye. So, aku pun dapatla tunda tarik present ke 29.5. Harap2 semua akan berjalan lancar.

Kepada semua staf KMDC, terima kasih diatas segala2nya. Selama 6 bulan LI disini, aku tak mengalami masalah yang berat2. Terima kasih juga diatas tunjuk ajar kalian.

Tapi satu persoalan mula timbul bila dah abes LI ni. Selepas ini, kemana arah tujuku?

Published in: on Mei 23, 2008 at 1:51 pm  Tinggalkan Komen  

Segalanya kini pasti

Aku telah meng kompemkan tarikh flight aku dan insyaAllah, 26hb Mei ini aku akan tiba di semenanjung. Aku akan stay sampai 9 Jun dan dalam yang singkat itu aku akan cuba bereskan segala urusan yang belum selesai. Tak sabarnya nak jumpa mereka2 yang ku rindui, hik3.. Semenanjung, here i come!!!

Published in: on Mei 15, 2008 at 12:25 pm  Comments (5)  

Aku, LI dan Cuti2 Malaysia

Sedar tak sedar, sudah 6 bulan lebih aku menjalani Latihan Industri (LI) aku kt KMDC ni. Macam tak percaya plak rasenye nak habis dah 23.5.2008 ni, yippie!!

Aku plan nak turun semenanjung dalam akhir bulan ni (or maybe lg awal) coz dalam bulan 6 aku akan busy dengan pelbagai perkara yang akan bersangkut paut dengan masa depan aku (bukan kawen ye). Mule2 plan nak turun kt Senai tp malangnye syafiq pergi bercuti plak kt kampung die kt Terengganu sampai 4hb Jun katenye. So xde sape yg leh fetch aku kt sane. Aku plak kalau bleh nak turun awal sket supaya leh lepak lama2 kt semenanjung. So, plan terbaru aku ialah aku akan turun kt LCCT dan akan melepak kt tempat Judo (trime kaseh kerana offer port lepak :D). So, kalo kt KL, leh la jumpe ngan kawan2 yang ade kt sekitar KL nnt. Lps tu baru plan nak pegi UMP utk presentation dan menghantar report LI. Kt UMP nanti aku akan menjadi penumpang bilik yang tegar kepada Abbas plak, hohoho. Ini lah dinamakan cuti2 malaysia save bajet, hahaha.

Tarikh dan waktu untuk plan ini berjalan belum ditentukan lagi tapi insyaAllah esok aku akan konfemkan semua. Jadi kepada para sahabat sekalian, nantikan lah kedatangan ku mencemar duli ke bumi semenanjung, muahahaha. 

Published in: on Mei 13, 2008 at 1:27 pm  Comments (3)  

Bila Pernah Takut

aku takut berada dalam terang,
kerana gelap itu pasti akan bertandang..

Aku takut untuk bermimpi indah,
kerana pabila ku terjaga,
segalanya kan sirna..

Aku takut akan pertemuan,
kerana hujung ceritanya
pasti ada perpisahan..

Tapi dalam segala ketakutan
ku paling takuti untuk tidak mencuba
kerana bila aku mencuba
aku pernah senang hidup dalam terang,
aku pernah merasa manisnya bermimpi indah,
dan aku pernah bahagia dengan satu pertemuan..

Published in: on Mei 8, 2008 at 3:29 pm  Comments (3)