Kisah Cinta Terhalang

pagi yang hening. kira2 pukul 6.45 pagi aku terjaga dari tidur apabila terdengar suara kecoh2 dari pintu depan rumah. kedengaran seperti adik perempuan ku sedang bergaduh dengan seseorang.

“Pergi balik, dia tiada dirumah. jangan datang sini lagi dan jangan berkawan dengan dia lagi”.

 Lebih kurang begitulah aku dengar adik aku marah2. Tapi tidak kedengaran pula suara pihak yang dimarah tu. Aku pun pelik, siapa la yang dimarah oleh adik aku ni. Takkan la pula adik aku sampai hati halau balik kawan aku yang datang melawat dan lebih pelik lagi, takkan la pula ada orang yang mahu datang ke rumah kami pagi2 buta ni.

 Dalam keadaan mamai, aku pun bangun dan terus menuju ke depan rumah. Kelihatan si Botet (our male pet cat) berada dibelakang adik aku, duduk senyap2 tanpa megeluarkan sebarang bunyi (memang kucing kami ni agak pendiam kucingnya. malu2 kucing kot). Adik aku masih lagi tercegat depan pintu. Aku pun tanyalah apa yang kecoh2 di pagi yang hening ni. Dengan wajah yang slamber, adik aku menunjukkan sesuatu yang membuatkan dia marah2 pagi itu. Aku hampir pengsan, bukan kerana terkejut atau takut, tapi hampir pengsan ketawa. Rupa2nya adik aku marahkan kucing betina jalanan yang selalu datang kerumah kami sejak akhir2 ni. Ni kes nak ajak si Botet dating la ni, adei. Apakan daya Botet, cintamu terhalang dek kerana perbezaan darjat.  

Adik aku ni bukanlah jenis yang pemarah, tapi dia sebenarnya geram dengan kucing betina tu yang selalu mencuri lauk dan makanan si Botet. Dah la tu, siap sepahkan rumah kami lagi. Erm, kalau kucing betina tu tau adab sopan dan jaga tingkahlaku selaku kucing betina yang baik2, mungkin kami tidak ada masalah untuk menerima ia dalam keluarga kami, hahahaha.

Tapi, kalau si Botet bukan dalam jagaan keluarga kami, mungkin tiada masalah bagi ia untuk menjalin cinta dengan sesiapa jua ia suka (ya, kami memang pemilih). sabar jer la ye Botet.

p/s: cerita ini adalah cerita yang direct to point, tiada maksud yang tersirat melainkan yang tersurat sahaja. jadi, jangan pandai2 nak salah tafsirkan cerita ini, sekian.

Advertisements
Published in: on Mac 5, 2008 at 12:36 pm  Comments (3)