Journey To The West

Pada tanggal 25.5.2008, aku pulang ke KK. Adik aku x dapat nak ikut coz die bertugas untuk Pesta Kaamatan. almklumla, Kaamatan ni la perayaan terbesar kt Sabah. Bagi sesiapa yang x tahu, Pesta Kaamatan ni bermaksud Pesta Kesyukuran atas hasil2 padi yang diperoleh tahun ni. Biasanya kaum Kadazan Dusun yang merayakan pesta ni. Tapi atas semangat perpaduan, kaum lain kat Sabah pun join gak skali. Kalau di Sarawak pesta ni dinamakan Gawai. Ok, kali ni bukan nak cerita pasal pesta2 ni, tapi aku nak cerita pasal perjalanan aku ke Semenanjung.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana akhirnya semalam, 26.5.2008 kira2 pukul 10.40 malam aku tiba di LCC KLIA dengan selamatnya. Selain masalah selesma yang teruk, perjalanan kali ini dikira ok. Nasib baik ade sorang mamat yang baik hati duduk kat sebelah aku offer tisu. Mungkin die kesian tgk aku asyik lap2 idung (atau mungkin die jijik sbnrnye?).

Dari airport, aku naik skybus menuju ke KL Sentral. Mau sejam lebih gak perjalanan tu. Memang letih gile. Dah la keadaan diri yang x brape nak sihat. Tp nasib baik la ade Fendy yang melayan sms dengan aku sepanjang perjalanan. xde la rase bosan sangat. Sesampai jer kt KL Sentral, aku kene plak naik Putra untuk sampai ke Setiawangsa. Judo cakap dekat sikit nak fetch aku nanti. Jam menunjukkan lagi 10 minit nak pukul 12. Fendy yang sentiasa melayan sms ngan aku mule la takutkan aku mengatakan yang tren dah xde. Nasib baik mulut die x masin kali ni (coz sblm ni die ckp flite aku delay n akhirnye betul2 delay). Aku dapat naik tren TERAKHIR. Fuh, memang nasib baik giler.

Sampai di Setiawangsa, dari jauh aku tengok Judo datang dgn motornye. Sebelum sampai ke rumah die, kitorang makan dulu. aku mmg lapar gile tp mungkin sbb org Sabah cakap ‘limpas lapar sudah’, aku hanya mampu menghabiskan roti telur sekeping. time kt dlm skybus bukan main lagi fikir nak makan banyak2, tp akhirnye Judo yang makan banyak. Er, maksud aku makan banyak dari aku, hehehe. Selesai makan, kami pun balik ke rumah dan aku terus tido, hahaha. X sempat nak borak lama2 dengan Judo. Lgpon aku kesian kat die coz pagi esok (hari ini) die kene pegi keje.

Hari ini, 27.5.2008, aku x punya apa2 aktiviti yang khusus. Selain sempat menulis post kali ni (thanx to Judo coz ade Internet Connection), aku fikir nak siapkan report LI aku. Sampai di UMP nanti aku hanya perlu Present je. Mungkin petang or malam ni aku akan ke tempat Fendy. Lepas tu, keesokan paginya aku akan ke Pudu untuk bertemu Azwan dan Raja (Azrul) dan dari Pudu kami akan sama2 menaiki bas ke UMP. Fuh, begitula sedikit sebanyak program perjalanan aku kali ni. Tapi ade lagi 1 tujuan yang belum dibuat iaitu menguruskan komputer aku. Harap2 aku sempat untuk melakukan semuanya.

Setakat ni dulu catatan perjalanan aku pada hari pertama di Semenanjung. InsyaAllah, kalau ade rezeki lagi, aku akan sambung menulis lagi. Sekian.

Advertisements
Published in: on Mei 27, 2008 at 11:50 am  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://imnotperfect.wordpress.com/2008/05/27/journey-to-the-west/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentTinggalkan komen

  1. Er adakah kau menanam padi untuk melayakkn ko meryakan hari keaamatan? Nasib la aku tak memaximumkan kemasinan mulut aku. kalot ak betol2 ko tdo kat masjid jamek. ha3

    imnotperfect: err, aku makan hasil dari penanaman padi tu, so, kire kene syukur gk la kot, haha.. tu a, nasib baik molot ko tu x masin sgt, kalo x, mmg masjid jamek je la jawapnye, huhuhu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: