Barang Lama

Minggu lepas, ada dua cuti (hanya di sabah & sarawak) sempena memperingati dua peristiwa penting yang berkaitan dengan dua agama. Pertama, Maulidur Rasul yang jatuh pada 20/3/2008 bersamaan 12 rabiulawal 1429 hijrah dan kedua Good Friday yang jatuh pada hari berikutnya. Bagi orang Islam, memang sedia maklum bahawa pada 12 rabiulawal setiap tahun akan di sambut sempena memperingati hari keputeraan Rasul Junjungan kita, Muhammad s.a.w. Tapi mungkin ada yang tidak tahu apa itu Good Friday. Good Friday pula disambut oleh orang-orang yang beragama Kristian sempena memperingati hari penyaliban Jesus. Ada juga yang memanggil ia sebagai Holy Friday atau Great Friday. Tentang tarikh ia disambut pula tidak pula berapa diketahui, yang aku tahu memang setiap tahun pasti ada Good Friday (itu pun aku ketahui melalui kalendar cuti). siapa-siapa yang tahu, boleh bagi info kat aku ya, hehehe.

ok, aku kat sini bukanlah nak tulis detail pasal dua peristiwa penting tersebut, tu mukadimah je. yang aku nak kisahkan disini ialah oleh sebab dua hari tersebut jatuh pada hari khamis dan jumaat, maka aku ada cuti yang agak panjang untuk balik ke rumah aku di KK. ya, inilah sebenarnya yang aku nak cerita, CUTI, hahaha.

Cuti aku kali ini macam cuti biasa juga, cuma kali ini aku banyak memerap di rumah. ada lah gak keluar jalan-jalan, tengok keindahan panorama malam, tapi kebanyakan masa aku habiskan di rumah (kerana minggu itu aku ketiadaan tonggak utama perancang aktiviti). Oleh kerana tiada benda nak buat, aku pun menyelongkar barang-barang lama aku. Semua barang-barang yang sudah tidak terpakai disimpan dalam bilik aku (bilik tidur merangkap bilik dimensi penyimpanan barang). Aku terjumpa beberapa barang yang betul-betul buat aku mengimbau kisah-kisah zaman muda-muda dulu, hehehe. Antaranya ialah:

1. Badge sekolah rendah (2 jenis sekolah rendah).
2. Metrik kad sekolah menengah (2 jenis kad metrik).
3. Koleksi buku komik Penyiasat Remaja (tinggal x smp 10 buah, sadisnya).
4. Lima (batang) rekoder.

Dulu bapa aku bekerja di JKR, jadi banyak kali transfer tempat. hampir seluruh daerah di Sabah aku dah merasa. Sebab tu aku ada dua sekolah rendah. Satu di SK Pekan 2, Lahad Datu dan satu di SK Tanjung Aru 1, KK. Lepas lulus cemerlang UPSR, aku terbang ke bumi kenyalang, masuk MRSM Kuching. Time tu kt Sabah MRSM takde lagi. Lepas tiga tahun belajar MRSM Kuching, aku transfer pula ke bumi semenanjung, masuk MRSM Jasin, Melaka. Sebab tu aku ada 2 kad metrik time sekloah menengah. Time blajar kt U lg la, sampai 4 kad metrik aku ada. bukan hilang, tapi U aku tu memang rajin tukar pesen kad metrik, tu yang ada sampai 4 tu.

Time sekolah menengah, satu kegemaran aku ialah mengumpul komik Penyiasat Remaja. Komik lain pun aku minat baca gak, tapi kawan-kawan aku yang kumpul, aku tumpang baca je, hehehe. Aku suka betul ngan Penyiasat Remaja ni, watak utama dia Hajime Kindaichi dan pembantu setia dia Miyuki Nanase. Cara dia selesaikan kes-kes pembunuhan dan motif di sebalik pembunuhan betul-betul menarik hati aku. Sampai sekarang aku baca lagi komik tu tapi dah tak dapat kumpul sebab macam dah takde pun komik tu kt kedai. Siapa-siapa yang boleh bantu aku dapatkan koleksi penuh komik ni, sila lah berhubung dengan aku coz aku memang gilakan komik ini. Dulu aku hampir mengumpul koleksi penuh komik ni (coz tak pernah miss beli), tapi banyak yang hilang. Ada kawan pinjam tak pulangkan lah, missing in action la (hahaha), macam-macam lagi la. So, siapa-siapa yang boleh tolong aku, hulurkan bantuan, ringankan beban…

Semua ahli family dan kawan-kawan aku tahu yang aku gemar meniup rekoder. Entah la, mungkin sebab alat ni je yang aku tau main, hahaha. Macam-macam lagu aku mainkan. Semua pun main cari note sendiri (sebab aku ni buta note). Tapi ok la, setakat ni mungkin ada la kot dalam 50 lagu aku dapat main (tidak termasuk lagu kanak2 riang). Tapi tak tersangka pula aku menyimpan sampai 5 batang rekoder. Aku ingat hilang je selama ni, sebab tu asyik bweli baru je (bukan mahal pun). Satu benda yang aku teringin nak belajar ialah bermain piano tapi takde peluang lagi. Mungkin suatu hari nanti, insyaAllah.

itulah serba sedikit tentang barang-barang lama yang betul-betul menyimpan banyak kenangan di zaman muda mudi. Lepas ni aku nak selongkar lagi barang-barang lama, mana tahu terjumpa lagi barang-barang yang menyimpan seribu satu kenangan di zaman nan silam, hahahaha. sekian untuk kali ini, terima kaseh.

Advertisements
Published in: on Mac 25, 2008 at 10:31 am  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://imnotperfect.wordpress.com/2008/03/25/barang-lama/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 KomenTinggalkan komen

  1. Wah..seronok nampak..pulang ke KK..

    aku biasa gak, selongkar barang2 lama nie..lepas tue senyum sorang2..hehehe. Paling suka bila belek kembali album masa kecik2 dulu.

    Teringatlak kad matriks..hehehe..UMP memang banyak koleksi kad matriks..macam nak buat koleksi lak. Tapi bertuah kan kita, dapat kumpul macam2 jenis kad matriks..hahaha…

  2. PENYIASAT REMAJA!! My fav!!
    I have all!! hiihiihi.. Mau?? Datanglah tawau nanti ya!
    kehkehkeh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: